Saturday, February 7, 2009

E-mel to the OWNER

Assalamualaikum...

Saya xx, ibu kepada Danish Imran ingin membuat sedikit teguran berhubung cara penyeliaan guru- guru di bawah seliaan puan semasa kanak - kanak bermain di luar. ini berhubung kepada apa yang terjadi pagi tadi...Sila rujuk pada gambar yg saya 'attach'kan bersama e-mail ini..(nota: danish yang memakai kasut warna kuning)

Anak saya, dari apa yang saya kenal, adalah seorang yang pendiam dan tidak akan mengacau orang lain melainkan jika dia terasa diri dia disakiti.. ini dibuktikan kelakuannya di rumah, Danish tidak pernah mengacau atau memukul adik dia.

Saya amat sedih apabila melihat gambar yang secara kebetulan diambil oleh adik ipar saya sewaktu dia lalu di depan sekolah puan... dari apa yang saya dengar, adik ipar saya mengatakan bahawa anak saya disepak berkali - kali oleh kanak- kanak lain kerana danish tanpa sengaja telah menolak jatuh salah seorang dari kanak - kanak itu kerana danish telah di'provoke' oleh kumpulan itu. pada mula kejadian, danish duduk berseorangan, tetapi di tarik oleh 3 pelajar (di dalam gambar) sambil mereka mengacu-acukan penumbuk lalu danish menolak salah seorang dari mereka. apabila salah seorang kawan mereka jatuh, mereka beramai - ramai menyepak danish di kaki berkali - kali!!!! itupun mereka berhenti setelah adik ipar saya keluar dan memarahi kumpulan itu.... persoalan saya, dimanakah cikgu-cikgu puan??? Mengapa mereka tidak memantau pergerakan kanak- kanak di luar??? Saya tidak meminta perhatian yang lebih bagi pihak anak saya cukup sekadar, cikgu-cikgu atau puan sendiri MEMANTAU pergerakan kanak-kanak ketika diluar... Jika terdapat antara mereka BERGADUH.. TOLONG Nasihatkan mereka... mungkin mereka tak tahu apa yang mereka lakukan itu salah... Disinilah kepentingan guru untuk memantau kelakuan kanak-kanak ini... Cukup sampai di sini... Ini adalah kejadian kedua yang membabitkan anak saya dianiaya oleh kawan-kawannya yang tanpa sengaja telah disaksikan sendiri oleh adik ipar saya. Saya amat berharap puan ambil perhatian terhadap apa yang telah terjadi. Terima Kasih


Yang benar,
xx

BIM, Kuantan

2 comments:

faeza said...

skrg dah tukar school ker blom?

Adda Mohd Dislan said...

sek kat rumah ngan ibu jer.... sbb bln 6 ni nak pindah kot...:)