Sunday, February 8, 2009

REPLY from the OWNER

ini ape yg principal tu balas to my email.....
__________________________________________________ ____________

Assalamualaikum wbt.,

Pertama sekali, terima kasih untuk e-mail tuan/puan. Saya juga mohon maaf kerana lambat membalas e-mail tuan/puan. Ini adalah kerana hari ini baru ada kesempatan untuk saya membuka mailbox saya.

En XX dan Pn XX,
Berdasarkan pengalaman kami, selain dari menerima pendidikan pra-sekolah, di tadika jugalah mereka bergaul dengan rakan-rakan dan saling mengenali antara satu sama lain. Tadika merupakan langkah pertama anak-anak kita menghadapi masyarakat dan mengenal erti kemanusiaan. Inilah sebabnya pendidikan di Tadika amat penting untuk mereka.

Seperti rakan-rakan kita dan masyarakat amnya, terdapat antara rakan-rakan anak-anak kita yang dibesarkan dengan cara yang berbeza. Ada ibubapa yang mendidik anak-anak dengan cara yang kasar, dan ada dengan cara yang lemah-lembut. Ada anak-anak yang terdedah dengan kanak-kanak yang lebih dewasa dan cara pergaulan mereka juga seperti orang dewasa. Setiap kanak-kanak adalah berbeza sifat, citarasa, emosi dan pemikiran mereka.

En XX/Puan xx,
Tadika adalah fasa pertama mereka untuk mengenal dunia luar ini disamping mendekatkan diri dengan persekitaran dan memahami nilai-nilai budaya masyarakat di luar sana. Di Tadika juga mereka akan meningkatkan daya pemikiran positif mereka disamping mengajar mereka membuat keputusan yang terbaik, selain menyekat pergaulan mereka dengan rakan-rakan yang nakal. Secara tidak langsung, mereka akan dapat membuat perbandingan diantara nilai moral yang perlu diamalkan dan dijauhi. (I DONT THINK SO )

Tugas kami sebagai pembimbing dan pengasuh di Tadika dan tuan/puan sebagai ibubapa seharusnya memberi peluang kepada anak-anak untuk mempelajari perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Kita juga harus lebih terbuka dan tidak bersifat prejudis. ( KALAU DAH BERLAKU DEPAN MATA....PREJUDIS KER??)

En XX/Puan xx
Ini adalah pertama kali Danish bersekolah, dan mungkin ini juga pertama kali dia bergaul dengan kanak-kanak lain. Berikan beliau masa untuk menyesuaikan diri dan berkenalan dengan kanak-kanak lain. Kami akan memberikan bimbingan dan perhatian kepada beliau dan Insya-Allah, beliau akan dapat menyesuaikan diri.

Sekali lagi, terima kasih juga untuk teguran tuan/puan. Insya-Allah kami akan cuba memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Wasalam.

XX
Pengurus
Tadika/Taska Seri Pinang.

0 comments: